Saturday, May 28, 2011

Quran dan Injil

Quran dan Bible
by Sitti Raehanah on Friday, May 13, 2011 at 1:37am
Hari ni dalam bas, duduk di sebelahku seorang wanita mexico yang aku fikir berumur pertengahan 20an. Di saat aku mula untuk membaca surah yasiin, dia juga kulihat sedang membuka biblenya. aku menyapanya "are you reading bible?" ..walaupun aku sebenarnya tahu buku itu adalah bible..... wanita itu menjawab "ya" ringkas saja. Aku senyum padanya dan berkata "good!.. I am reading Quran".. dan wanita itu hanya tersenyum dan juga berkata "good"... entahlah sama ada dia betul2 tahu apa jenis bahan bacaan yang aku sedang baca.

Selepas 20 minit, aku selesai membaca yasiin, tapi wanita di sebelahku masih lagi membelek2 bible... aku tidak mahu mengganggu konsentrasinya, lalu aku capai sebuah journal dan membacanya...sebab hari ni aku kena buat analysis protein. Akhirnya dia tiba ke destinasinya dan turun, tetapi kami sempat mengucapkan "good bye, take care" ... itu saja..

Jadi hari ni bas kami ..kira berkat lah... insyaAllah...

Aku perhatikan, memang budaya membaca sangat diamalkan di sini, jarang yg aku tengok duduk diam sahaja dalam bas....terutama mat saleh...tapi mexico dan asian kebanyakannya tidak membaca, mungkin sebab yang aku jumpa adalah dikalangan orang2 yang kurang kesedaran sikit tentang budaya membaca...

Oh ya, ada satu masa sewaktu pulang dari makmal, di dalam bas aku duduk bersebelahan dengan lelaki yang kelihatan dari golongan berpendidikan tinggi, umurnya dalam lingkungan 55 tahun ke atas...sewaktu aku duduk di sebelahnya, dia sedang khyusuk membaca...

aku juga tidak mahu hanya duduk tanpa berbuat sesuatu..dan biasanya waktu pulang, aku sduah agak letih, jadi hanya surah yasiin yang kucapai. Kalau perjalanan ke UCSD aku biasanya membaca Quraan sebab masih fresh lagi dan tak nak melayan ngantuk pagi2. Dan juga aku memang berazam utk khatam sekurang2nya sekali di bumi asing ini.

Selesai aku membaca yasiin, lelaki sebelah ku menegurku... dia sangat curious tentang buku yang kupegang.. "may I know what are you reading?"..tanyannya... aku pun jelaskan bahawa aku membaca surah yasiin, iaitu salah satu "chapter" dalam al-quraan.

"do you read it this way..or that way"...jarinya menunjukkan arah kiri ke kanan, dan kanan ke kiri.... oh rupanya dia tadi memerhatikan aku menyelak yasiin tu kiri ke kanan..... jadi aku jelaskan bahawa ini adalah tulisan Arab, dan dibaca dari kanan ke kiri...

kemudian lagi, dia tanya lagi adakah aku boleh berbahsa arab...malu aku jadinya sebab aku "tak pandai" berbahasa arab.... kemudian aku jelaskan lagi bahawa, aku tidak pandai berbahasa arab, namun faham beberapa perkataan yang lazim. Orang tu masih lagi berminat nak tahu, bagaimana aku boleh membaca tulisan Arab, tetapi tak pandai berbahasa arab.
Aku jelaskan kepadanya bahawa dalam solat orang Islam, kita menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan begitu juga Al-Quraan di tulis dan dibaca dalam bahasa Arab... lelaki itu mengangguk tanda bahawa dia memahami apa yang aku katakan.

Dia bertanya lagi, "how do you learn to read Arabic"... kujelaskan kepadanya bahawa, sebagai seorang muslim, kami mempelajari bacaan al-quraan basic seawal usia 5-6 tahun sehinggalah kami betul-betul boleh membaca dengan baik. Ku jelaskan juga kepadanya bahawa, walaupun kami tidak pandai berbahasa Arab, tetapi kami memahami kandungan al-quraan dengan membaca "tafsiran dan terjemahan"....dan kebetulan dalam surah yasiin yang ada padaku disertakan dengan terjemahan maksud...jadi kujelaskan lagi padanya bahawa terjemahan surah ini adalah dalam bahasa kami, itu adalah "bahasa Melayu" .

Lelaki tadi berulang-ulang kali berkata "interesting".. mungkin tidak terlintas difikirannya, bagaimana seorang yg tidak bertutur dalam bahasa Arab, tetapi membaca tulisan Arab dengan baik...

Lelaki tu tiba ke destinasinya, dan mengucapkan selamat tinggal pada ku...good bye..

Moral of the story:
(1) Belajarlah untuk menjadikan "membaca" sebagai satu budaya.
(2) berbanding di KK, masaku habis dengan urusan harian hingga sedikit saja yg diluangkan utk membaca Al-Quraan...syukur kerana di sini Allah memberikan aku banyak waktu terluang di dalam bas untuk aku membaca kitab suci Al-Quraan.

No comments: