Saturday, May 28, 2011

Belajar Sejarah Malaysia

belajar sejarah
by Sitti Raehanah on Monday, May 9, 2011 at 4:08pm
saya rasa tercabar apabila kurang pengetahuan dalam ilmu sejarah...

minggu lepas salah seorang ahli kumpulan penyelidikan kami Dr. Amir Neori dari Israel yang menjalani cuti sabatikal bertanya...bagaimana Islam boleh berada di Malaysia?

... sebenarnya kami selalu bersembang dan bertukar2 maklumat tentang budaya bangsa dan pegangan agama...seronok berbincang dengan dia ni...(lain kali saya post tentang pandangan nya dalam beragama )

Dengan ilmu yang sangat terhad, aku hanya menjawab bahawa, Islam dibawa oleh pedagang-pedangan Arab ke Tanah Melayu dan berjaya meyakinkan dan mengislamkan sultan yang berkuasa pada ketika itu. hehe...saya tak ingat pula nama sultan pertama yg memeluk islam..

...aku dengan sengaja menegaskan bahawa islam tidak disebarkan di Malaya melalui pedang dan penjajahan, tetapi dengan ilmu...

kenapa aku tegaskan kerana...pandangannya sangat serong terhadap bangsa Arab yang suka berperang dengan pedang...aku faham situasi tegang antara orang Arab dan Israel...tapi aku tidak lah terlalu provokatif..

Aku sambung lagi...masyarakat melayu pada ketika itu sangat taat dengan sultan, oleh kerana itu, mereka patuh dengan titah sultan dan dengar rela hati mereka telah menerima islam.

Aku menjelaskan lagibahwa, walaupun Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan British berkurun-kurun, namun ketegasan sultan harus dipuji kerana agama islam kekal bertapak di Tanah Melayu. Ini kerana, walaupun penjajah berkuasa di Tanah Melayu, namun hal-hal berkaitan agama islam adalah dalam kuasa sultan.

Oleh kerana itu, agama islam terpelihara sehingga hari ini dan selamanya, kerana adanya sultan (Majlis Raja-Raja) dan juga perlembagaan.

Kawan tu juga pernah bagi tahu bahawa mereka di Israel lebih banyak tahu tentang "Malaya" berbanding Malaysia... dia tanya kenapa pilih Malaysia...kenapa tidak "Malaya" saja..

Aku tak tahu nak jawab apa....

Tapi jawaban sepontan aku ialah...sebab jiran kami Indonesia....agaknya sebab tu nama negara jadi Malaysia....

hihihi...

Moral of the story:
pastikan anda betul-betul tahu sejarah negara sendiri supaya maklumat tepat dapat dikongsi

No comments: