Monday, October 25, 2010

Saturday, October 16, 2010

hafalan kak long Una

Ibu perlu memikirkan program bermanfaat untuk Kak Long setelah selesai UPSR. Sebenarnya dah lama aku ingin melihat anak-anak boleh menghafal surah2 lazim dalam juz amma termasuk maknanya/terjemahannya sekali seperti yang aku lalui semasa seusia mereka.

Aku membeli senaskah al-quraan yg dilengkapi dengan terjemahan per-kata (Syammil Al-Qur'an) sebagai panduan untuk mengajar anak2. Kalau dulu bonda akan meminta kami menulis sendiri setiap kata-kata dalam ayat2 lazim. Tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang, pendidikan semakin mudah, aku hanya mengimbas setiap ayat dan print untuk diberikan kepada Kak Long. Yang bagusnya, saya boleh print 3 salinan, satu untuk Kak Long, dan setiap satu untuk Nadia dan juga Sofea.

Moga anak2ku dapat memahami maksud setiap ayat yang mereka pelajar. Memang kebolehanku dalam bidang agama amat terhad...tetapi kalau aku tidak buat seperti ini, anak2 ku akan jauh ketinggalan.

Selamat Berjaya IBU

Friday, October 08, 2010

cuti belajar 2011

7 Okt 2010...jam 6 petang; menerima berita gembira apabila bahagian biasiswa KPT memaklumkan bahawa tawaran biasiswa pos-doktoral ke UCSD akan bermula pada 3 Januari 2011. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan mengizinkan kami sekeluarga untuk berada di UCSD menuntut ilmu dan mendapat pengalaman baru.

Selepas ni akan sibuk dengan urusan permohonan VISA.

open house raya2010

Minggu I selepas raya: tahun ni kami tidak berkesematan membuat open house raya di Taman Malawa Jaya seperti tahun-tahun yg lepas. Kita hanya merancang, namun tuhan yg menentukan. Sebaik kembali dari cuti aidilfitri dari kampung, saya bergegas ke Phuket, Thailand utk menghadiri persidangan "Global Conference on Aquaculture 2010".Persidangan antarabangsa yang sangat bermanfaat. Tiba dari Phuket tepat jam 12:30 tengah malam hari Ahad dan selamat tiba di rumah sekitar jam 1:20 pagi.Perkara pertama yang saya lakukan ialah mengeluarkan semua bahan2 frozen dari peti ais untuk membuat "batch #1 coto makassar". Batch ini adalah sempena open house x-sbpl...ala2 potluck lah....utk 30-40 pax.

Minggu II : kuliah dan meeting seperti biasa...tetapi hari Jumaat adalah paling sibuk kerana kena sediakan "batch #2 coto makasar" untuk 110 pax..kali ni untuk open house UMS. Coto makasar adalah antara menu gerai KESUMBA (Kelab Suri RUmah dan Kakitangan Wanita UMS)...adoi, dalam kalut2 menyiapkan masakan dan kena kejar flight ke Semporna, saya tertinggal handphone...bayangkan selama 3 hari di Semporna saya tidak ada hp....huuuuh parah, lebih parah time suami datang jemput di airport KK pada hari Isnin....%$#@&*()(+)...

Minggu III : kuliah dan meeting seperti biasa....tapi paling sibuk kerana perlu menyelaraskan "prgram pertandingan memasak sempena KONVO UMS ke 12"....waaa...disebabkan kurang penyertaaan, saya sendiri mendaftar utnuk bertanding....alhamdulillah menu "rojak udang galah 1Malaysaia" yang saya dan Dr. Rossita sediakan mendapat tempat ke-3 dari 6 penyeraaan...not bad!. Selain itu, saya juga mempertaruhkan gubahan buah anggur dari wajik@pulut manis..hihi kami (partner ngan Pn. Sarah) dapat #1 daripada 3 penyertaan....lega sebab selesai urusan KESUMBA. Belum pun hilang letih, hubby pula request untuk masak "batch #3 coto makasar"...kali ni utk potluck seklah suami...tapi tak banyak, hanya untuk 20-30 pax...huuuuuuu.....

Kesimpulannya...walaupun tak buat open house yang selalunya sangat memenatkan...tetapi tahun ni kepenatannya 3 kali ganda kerana setiap minggu kena masaaaaaaak....