Saturday, May 28, 2011

Iqra'

Iqra'
by Sitti Raehanah on Saturday, May 28, 2011 at 2:24am
Pertama kali bersama anak2 at Ivey Ranch Elementary School for the "Flag Salute"...

Upacara ni lebih kurang macam perhimpunan sekolah lah. Yang menariknya, program mereka diadakan tanpa banyak protokol dan sangat informal. Ibu-bapa dijemput hadir untuk memeriahkan suasana di samping untuk melihat dan berbangga dengan anak2 yang berjaya menerima award dan pujian dari sekolah....

Award yang paling besar dan dihighlight kan semasa Flag Salute minggu ni ialah untuk "aktiviti reading counts". Semua pelajar yang berjaya membuat bacaan melebihi 350K words bermula dari Januari tadi akan menerima hadiah. Dan pelajar yang membaca 1M words pula mendapat double awards. Sayangnya anak2 tidak tersenarai dalam list, sebab tak cukup counts lagi.

Hadiah yang disampaikan tidaklah seberapa...hanya sehelati T-Shirt berprint "I love reading etc...." sudah memadai untuk menarik minat pelajar berlumba-lumba membaca sebanyak mungkin...

Satu lagi yang menariknya di sekolah anak2 ni ialah cara mereka bersorak .... bukan "peweet" atau hoooray...tetapi ... "awoooooooooooooo" ( coyote howling ; lolongan serigala)... lucukan... Coyote adalah "haiwan simbolik" bagi sekolah anak2 .....ahhh letih betul aku "melolong" pagi ni...

Penerapan budaya membaca di kalangan anak2 seawal Kindergarten sangat menarik perhatianku. Rupanya, inilah "hasil" penerapan budaya membaca ...di mana-mana saja, kita dapat lihat masyarakat America dari kecil hingga dewasa bahkan yg sangat tua juga sangat suka membaca.

Sebagai seorang Muslim, kita semua tahu bahawa "Ayat Pertama" yang diturunkan Allah kepada Muhammad SAW ialah ayat 1-5 dalam Surah Al-Alaq, iaitu ketika rasulullah berada di dalam gua Hira'.

Ayat pertama itu ialah "Iqra, bismi rabbikal lazi halq" ... bermaksud "Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan".......

Suruhan pertama ke atas Rasulullah ialah "membaca" ... bukannya solat atau puasa.... hmm... menarik bukan..

Kalaulah semua kita tahu rahsia disebalik turunnya "Ayat Pertama" ini, dan mengamalkannya .... "masyaAllah kitalah yang paling berjaya dunia dan akhirat" ....

Membaca akan menguatkan Keyakinan dan Keimanan kita terhadap Allah SWT dan juga membaca akan menjadikan kita mengenali diri serta kehidupan dunia untuk meneruskan perjalanan sebagai khalifah di muka bumi...sebenarnya banyak lagi manfaat daripada membaca, yang saya tak dapat nak senaraikan dalam nota ringkas ini...

Program2 seperti yang dijalankan di sekolah anak2 sangat releven dengan suruhan Allah iaitu "iqra!" ....

Sebaiknya juga di Malaysia (terutama para guru2 sekolah)..mempertingkatkan aktiviti membaca di kalangan pelajar. Rancanglah aktiviti2 yang menarik minat anak2 ... dengan memberikan hadiah dan pujian akan membantu menarik minat anak2 untuk membaca...

Selamat Membaca ...

No comments: