Saturday, May 28, 2011

Cantik dan Berbudi Bahasa - SIO, UCSD

tengahari tadi aku ke tandas dan terserempak dengan seorang gadis mat salleh yg cantik. saya fikir dia adalah seorang pelajar Master Sains kerana dia terlalu muda untuk menjadi pelajar PhD. Tapi mungkin juga aku silap. Kami sempat bersapaan, walaupun hanya "hai" yg sempat kami ungkapkan sebelum dia menginggalkan aku. Tidak sampai seminit, dia masuk semula dan dengan mesra menegurku " hay, do you know that we have water down there"..jari telunjuknya menunjukkan arah bawah. "yes, I know that, thank you very much" aku melemparkan senyuman ikhlas tanda terima kasih aku padanya kerana prihatin terhadap ku...sambil itu aku mencuri pandang pada raut wajahnya yg memang cantik. "Okay, yeah because eeeh" katanya sambil matanya memandang tajam ke arah botol air mineral kosong yang aku pegang.

Ooh...rupanya gadis itu, risau kalau aku akan mengisi botol kosong tadi dengan air paip utk diminum. Hehe...masa terlalu pantas dan aku fikir tidak sempat dan tidak perlu aku jelaskan kenapa aku membawa botol kosong ke dalam tandas. Aku hanyalah seorang perempuan Asia yang memakai tudung dan tidak lagi muda serta asing baginya, namun gadis itu masih sudi menyapaku dan prihatin terhadapku..

Rae
8 April, 2011

No comments: