Saturday, May 28, 2011

Ideologi Atheistme

ideology atheist yang menggusarkan
by Sitti Raehanah on Tuesday, May 10, 2011 at 2:39pm
satu hari sedang aku menunggu bas selepas berbelanja barangan dapur, aku didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas lalu menegurku dengan bahasa yang sangat asing bagiku..

...."sorry sir, I dont speak spanish"...lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan sebuah risalah kecil berjudul "Awake" kepadaku...

tanpa lengah aku berkata padanya,..."no thank you, I am a Muslim, I dont read bible"....

hehe...sebenarnya,,,, sebelum lelaki itu, aku lebih dahulu telah disapa oleh 2 orang wanita tua, juga orang Mexico yang menghulukan risalah yang sama. Tetapi, sebelum menerima risalah tu, aku sempat bertanya kepada wanita tua itu, " what is it about?".. "it is about bible" jawab wanita itu ringkas..jadi dengan penuh hormat aku berkata " no, thank you very much"...
akhirnya mereka hanya membalas "thank you" dan berlalu meninggalkan ku...

berbalik kepad lelaki berpakaian kemas tadi, dia pantas membalas jawaban ku " no, this is not only about bible, but also about health and history"....."Oh".. jawabku ringkas...

memandangkan lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh mahu aku menerima risalah itu, dan aku pula malas mau banyak cakap,,, aku lantas menyambut saja risalah pemberiannya dan mengucapkan terima kasih.. Lelaki itu, tersenyum dan meneruskan perjalanan dalam melaksanakan tugasnya..

Sambil menunggu bas, aku membelek2 risalah itu sambil membaca sepintas lalu....

apa yang boleh ku ringkaskan daripada kandungan risalah itu ialah, "tentang kegusaran" penganut kristian terhadap pengaruh idologi atheisme yang semakin meluas di bumi amerika. mereka diajak untuk kembali menghayati kitab mereka.

hehe...sebenarnya itu adalah intro kepada kisah aku dan kawan lab aku...Ingat lagi tak kepada ahli group research aku yang berasal dari Israel tu? yang bertanya tentang bagaimana dapat nama Malaysia...bukannya Malaya..

Dia ni seorang atheist, walaupun kedua ibu-bapanya adalah yahudi. Sudah agak berumur, kalau tak silap dah 60 tahun lebih, dan telah menghasilkan banyak penerbitan berimpak tinggi, seorang yang dikenali di peringkat antarabangsa dalam bidangnya..

Pada pandangan dia sebagai seorang atheist, "agama" adalah suatu yang "menyusahkan" kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Dia memberikan contoh bagaimana "agama" telah mendorong kepada peperangan ..dia merujuk kepada perang palestin dan israel dan lain-lain.

satu lagi pandangannya yang mengejutkan aku...Pada pandangannya tuhan adalah ciptaan manusia semata-mata, iaitu yang lahir daripada imaginasi manusia sahaja. Sebab tu katanya, ada yg membentuk patung2 mengikut imaginasi manusia...Hmmmmm....

Katanya lagi, jika tuhan itu wujud, tuhan telah bersifa tidak adil, kerana menjadikan manusia berbeza-beza agama dan banyak lagi lah hujah-hujahnya yang memang menyakitkan hati...

aku hanya diam dan dengar saja....malas mau bertekak dengan dia..tapi kadang tu, ada juga aku nafikan kenyataan2 nya yang tidak tepat tentang islam.

satu hari kami keluar ke jetty untuk mengambil air laut dan cuaca sangat indah pada hari tu...aku mengambil kesempatan itu bertanya kepadanya...."who do you think has created this world" ..

jawapannya ringkas saja " i don't know" ... aku terkejut dengan jawapan itu yang keluar dari seorang sarjana yang hebat dikenali seluruh dunia...

kemudian dia tambah lagi.. " it is like people who don't know, how the TV works, do you know how the tv works?".... aku jawab " sure, I know, i read from the book"

"well, not all people know how the tv works" jawabnya lagi...."so, I don't know who created this world" ...

...macam tu saja jawapannya.... adoi letih aku mahu memahami maksud nya kata-katanya tuu.

..aku masih lagi cuba memahami apakah perkaitan antara (i) tak tahu siapa pencipta dunia dengan (ii) tak tahu bagaimana tv berfungsi ..

hmmmmmm...ada sesiapa yang dapat bagi penjelasan ....

renung-renungkan dan selamat beramal....(meminjam kata2 pakar motivasi)

No comments: