Thursday, November 11, 2010

UPSR Kak Long

Alhamdulillah.....hanya itu ungkapan yang mampu diucapkan di saat keputusan UPSR kak Long diumumkan...tahniah 5A!

Kegembiraan berbaur dengan perasaan sayu terlalu terasa.....ini kerana keputusan kak Long sangat diluar jangkaan....

Kak Long sebenarnya bukan lah dalam kategori pelajar top di sekolah...pencapaian akademik sangat sederhana, average saja.

Menyedari kak Long akan menduduki UPSR, kak Long selalu meminta utk. kami membenarkannya mengikuti kelas tuisyen...dan akhirnya kami benarkan. TETAPI, keputusan peperiksaan semester subject yg kak Long hadir tuisyen amat mendukacitakan, dan lebih dukacita lagi apabila guru yg mengajar di kelas yg juga merupakan guru tuisyen seolah=olah lepas tangan, tak ada perkembangan positif pada kak Long dalam subjek tersebut. Apa lagi, ayah kak Long, melenting, terus HARAMkan kelas tuisyen utk Kak Long...

Pendekatan kami mendidik anak sangat tradisional....sama seperti proses yang kami dahulu lalui, tiada tuisyen, tiada ScoreA dll....hanya belajar seperti biasa dan membuat latihan model2 peperiksaan dan juga contoh-contoh soalan tahun2 lepas...

Alhamdulillah pendekatan kami berkesan kepada Kak Long......dan tentuya juga DOA ibu-bapa adalah yg paling MUSTAJAB....itu menjadi tunjang kepercayaan kami.....

Alhamdulillah berkat doa dan usaha, kak Long berjaya mendapat keputusan yg sangat membanggakan guru-guru dan keluarganya.