Friday, October 08, 2010

open house raya2010

Minggu I selepas raya: tahun ni kami tidak berkesematan membuat open house raya di Taman Malawa Jaya seperti tahun-tahun yg lepas. Kita hanya merancang, namun tuhan yg menentukan. Sebaik kembali dari cuti aidilfitri dari kampung, saya bergegas ke Phuket, Thailand utk menghadiri persidangan "Global Conference on Aquaculture 2010".Persidangan antarabangsa yang sangat bermanfaat. Tiba dari Phuket tepat jam 12:30 tengah malam hari Ahad dan selamat tiba di rumah sekitar jam 1:20 pagi.Perkara pertama yang saya lakukan ialah mengeluarkan semua bahan2 frozen dari peti ais untuk membuat "batch #1 coto makassar". Batch ini adalah sempena open house x-sbpl...ala2 potluck lah....utk 30-40 pax.

Minggu II : kuliah dan meeting seperti biasa...tetapi hari Jumaat adalah paling sibuk kerana kena sediakan "batch #2 coto makasar" untuk 110 pax..kali ni untuk open house UMS. Coto makasar adalah antara menu gerai KESUMBA (Kelab Suri RUmah dan Kakitangan Wanita UMS)...adoi, dalam kalut2 menyiapkan masakan dan kena kejar flight ke Semporna, saya tertinggal handphone...bayangkan selama 3 hari di Semporna saya tidak ada hp....huuuuh parah, lebih parah time suami datang jemput di airport KK pada hari Isnin....%$#@&*()(+)...

Minggu III : kuliah dan meeting seperti biasa....tapi paling sibuk kerana perlu menyelaraskan "prgram pertandingan memasak sempena KONVO UMS ke 12"....waaa...disebabkan kurang penyertaaan, saya sendiri mendaftar utnuk bertanding....alhamdulillah menu "rojak udang galah 1Malaysaia" yang saya dan Dr. Rossita sediakan mendapat tempat ke-3 dari 6 penyeraaan...not bad!. Selain itu, saya juga mempertaruhkan gubahan buah anggur dari wajik@pulut manis..hihi kami (partner ngan Pn. Sarah) dapat #1 daripada 3 penyertaan....lega sebab selesai urusan KESUMBA. Belum pun hilang letih, hubby pula request untuk masak "batch #3 coto makasar"...kali ni utk potluck seklah suami...tapi tak banyak, hanya untuk 20-30 pax...huuuuuuu.....

Kesimpulannya...walaupun tak buat open house yang selalunya sangat memenatkan...tetapi tahun ni kepenatannya 3 kali ganda kerana setiap minggu kena masaaaaaaak....

No comments: