Saturday, October 16, 2010

hafalan kak long Una

Ibu perlu memikirkan program bermanfaat untuk Kak Long setelah selesai UPSR. Sebenarnya dah lama aku ingin melihat anak-anak boleh menghafal surah2 lazim dalam juz amma termasuk maknanya/terjemahannya sekali seperti yang aku lalui semasa seusia mereka.

Aku membeli senaskah al-quraan yg dilengkapi dengan terjemahan per-kata (Syammil Al-Qur'an) sebagai panduan untuk mengajar anak2. Kalau dulu bonda akan meminta kami menulis sendiri setiap kata-kata dalam ayat2 lazim. Tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang, pendidikan semakin mudah, aku hanya mengimbas setiap ayat dan print untuk diberikan kepada Kak Long. Yang bagusnya, saya boleh print 3 salinan, satu untuk Kak Long, dan setiap satu untuk Nadia dan juga Sofea.

Moga anak2ku dapat memahami maksud setiap ayat yang mereka pelajar. Memang kebolehanku dalam bidang agama amat terhad...tetapi kalau aku tidak buat seperti ini, anak2 ku akan jauh ketinggalan.

Selamat Berjaya IBU

No comments: