Saturday, September 18, 2010

Friday, July 23, 2010

Kursus BTN @ Ulu Sepri, Negeri Sembilan

Kursus BTN persediaan ke luar negara pada 15-19 Julai 2010, bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada calon-calon Master, PhD, sub-kepakaran & pos-doktoral yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Seronok jumpa ramai adik2 pakar perubatan.....boleh lah durang nasihat2 kan kalau kita jatuh sakit....

Tuesday, January 05, 2010

Sunday, January 03, 2010

Monday, December 21, 2009

Twilight saga novels



Ahhhh...can't wait to get my boxed set of Twilight Saga novels

Saturday, December 19, 2009

cara membuat coto makasar versi bersantan

Bahan A: parts lembu ( utk 30 orang)
Hati 300 g
Paru2 /lungs 300 g
Perut /tuala 300 g
Usus kecil/yg muda (warna putih)- susah nak dapat ni...
daging - 300 g

Bahan B: dikisar halus
Lengkuas 10 inci (banyak sikit tak apa)
Halia 2 inci
Serai 7 batang
Bawang merah 12 ulas
Bawang putih 7 ulas
Buah keras 5 biji

Bahan C: goreng tanpa minyak dan kisar halus
Biji ketumbar 4 sudu
Jintan putih 2 sudu
Jintan manis 1 sudu

Bahan D
Kacang tanah 300 g digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.

Bahan E
Sup bunjut 1
Kulit kayu manis 4 inci
Bunga lawang 4 kuntum
Buah pelaga 6 biji
Biji Lada putih 2 sudu dikisar halus


CARA-CARA:
1. Basuh bersih bahan A dan rebus hingga empuk. Tos dan biar sejuk.
2. Air rebusan akan digunakan sebagai kuah. JANGAN BUANG.
3. Tumis bahan B sehingga naik bau dan masukkan ke dalam air rebusan.Tip utk mengelakkan
bahan tumis daripada memercik; masukkan minyak masak setelah bahan B hampir kering
dalam kuali. Maksudnya... minyak masuk kemudian la...
4. Masukkan juga bahan C, D dan E ke dalam air rebusan.
5. Masukkan santan pekat 1/2 biji kelapa.
6. Didihkan dan masukkan garam, asam keping (2) secukup rasa, gula jika perlu/ajinomoto
7. Akhir sekali masukkan bahan rebus tadi yang telah dipotong kecil-kecil/kiub.
8. Hidangkan bersama-sama nasi himpit, daun sup dan bawang goreng.
9. Sediakan sambal belacan cili padi (tumbuk cili padi sebanyak mungkin + bawang
merah...banyak juga + bawang putih sikit ja + belacan + asam jawa + gula+ garam- ditumis
sehingga orang terbersin) dan hirisan limau.
10. Lepas tu ...apa lagi makan la... SELAMAT MENCUBA.

Sunday, October 25, 2009

Coto Makssar & Burasak




Makanan tradisi masyarakat Bugis yang dihidangkan ketika Aidil Fitri/Adhah


Coto Maksar, Burasak & Tumbuk, Nasu Likkuk (rendang ayam)

Saturday, October 24, 2009

Acar Rumpai Laut


Bahan-bahan.
Rumpai laut kering direndam selama 3 hari (air rendaman sentiasa diganti 2-3 sehari) kemudian dipotong-potong 1-2 inci

Nanas dipotong kecil-kecil
Limau nipis & limau kasturi
Bunga kantan dihiris halus
Halia dihiris halus
Sos Cili Thai (jika suka pedas)
Garam
Gula
.....gaulkan kesemuanya.

Friday, September 26, 2008

KELUARGA SHARUDIN & SITTI RAEHANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke blog kami. Tujuan kami membina blog ini adalah untuk memberi peluang kepada keluarga kami yang jauh untuk melihat dan mengetahui aktiviti kami di Kota Kinabalu, Sabah.Sekarang kami tinggal di Taman Malawa Jaya, Jalan Sepangar, iaitu kira-kira 20 KM dari bandaraya Kota Kinabalu. Saya mengajar di SMK Tebobon, Menggatal dan isteri pula bekerja di Universiti Malaysia Sabah. Kami berpindah ke KK dari Raub, Pahang pada bulan November 2004. Sejak tarikh itu, bermulalah kehidupan kami di Negeri Sabah. Di ruang ini kami ingin berkongsi pengalaman pahit & manis kami dalam menjalani kehidupan di Negeri Di Bawah Bayu.
Selamat membaca.

BIODATA: ANAK-ANAK

Pertama
Nama: Siti Faridah Husna Bt. Sharudin
Sekolah: Sk Tebobon, Menggatal, KK
Tarikh Lahir/Umur: 20 Okt 1998 / 10 tahun
Tempat Lahir: Hospital Raub, Pahang
Hobi: Aktiviti Ko-Kurikulum

Kedua/Ketiga (Kembar)
Nama: Siti Faridah Nadia Bt. Sharudin & Siti Faridah Sofea
Sekolah: Tadika Intan Gemilang, Indah Permai, Menggatal, KK
Tarikh Lahir /Umur: 25 Januari 2002 / 6 tahun
Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Hobi:Nadia-Melukis /MembacaSofea-Melukis

Keempat
Nama: Siti Faridah Ulfa Bt. Sharudin
Sekolah: -
Tarikh Lahir / Umur: 11 Disember 2004 / 4 tahun
Tempat Lahir: Hospital Tawau, Sabah
Hobi: Game Play House Disney

Hijrah KK 1

Thursday, September 25, 2008

Hijrah KK 2

BIODATA: SITTI RAEHANAH MUHD SHALEH

Tempat Lahir: Tawau, Sabah, Malaysia
Pendidikan:1977-1982 SRJK St. Patrick, Tawau
1983-1985 SMJK Konven St. Ursula, Tawau
1986-1987 SBP Labuan, WP. Labuan
1988-1989 SMK Kuhara, Tawau
1990-1994 B.Fish.Sc.(Hons), UPM Serdang
1994-2004 Ph.D, UPM Serdang
Pekerjaan: Timbalan Pengarah / Pensyarah Kanan
Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah
http://www.ums.edu.my/ipmb
emel: sittirae@ums.edu.my
Bidang: Akuakultur & Planktonologi Hobi: Berkebun

BIODATA: SHARUDIN AYUB

Tempat lahir: Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Pendidikan:1976-1981 :Sk Felda Sg. Tekam Utara, Jerantut
1982-1986 :Victoria Institution, Kuala Lumpur
1987-1989 :Dip.Fish, UPM Serdang
1991-1994 :B.Sc.Fish(Hons), UPM Serdang
1995-1996 :Dip.Ed (PJK) MPTI, J.Bahru, Johor
Pekerjaan: 1996-2004 :Guru di SM Sains Tengku Abdullah, Raub
2005- kini :Guru di SMK Tebobon, Menggatal, KK
Opsyen: PJK
Hobi: Badminton dan golf