Sunday, December 05, 2010
Sambal Ijo
Bahan-bahan:
1 kilo cili hijau
10-15 biji cili thai hijau (jika suka pedas, lebihkan)
1 labu bawang putih (lebihkan jika suka)
5-6 biji bawang merah
2-3 genggam ikan bilis
segenggam asam jawa (ambil air)
garam
gula
cuka (jika suka)
1/2 cawan minyak utk menumis (lebihkan utk sambal yg cantik)
Cara-cara:
1.Basuh dan buang tangkai cili, kukus sehingga cili layu. kemudian biar sejuk seketika, dan tumbuk kasar-kasar
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih
3. Basuh dan tumbuk ikan bilis
4. Tumis bawang hingga garing dan wangi, kemudian masukkan ikan bilis dan tumis lagi hingga garing. Seterusnya masukkan cili dan tumis sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan sedikit cuka (jika suka) kemudian garam, gula dan bahan perasa (jika suka)
5. Tumis sambal hingga pecah minyak, jika sambal agak kering, tambahkan minyak lagi. Tumis hingga sambal betul-betul masak.
Thursday, November 11, 2010
UPSR Kak Long
Alhamdulillah.....hanya itu ungkapan yang mampu diucapkan di saat keputusan UPSR kak Long diumumkan...tahniah 5A!
Kegembiraan berbaur dengan perasaan sayu terlalu terasa.....ini kerana keputusan kak Long sangat diluar jangkaan....
Kak Long sebenarnya bukan lah dalam kategori pelajar top di sekolah...pencapaian akademik sangat sederhana, average saja.
Menyedari kak Long akan menduduki UPSR, kak Long selalu meminta utk. kami membenarkannya mengikuti kelas tuisyen...dan akhirnya kami benarkan. TETAPI, keputusan peperiksaan semester subject yg kak Long hadir tuisyen amat mendukacitakan, dan lebih dukacita lagi apabila guru yg mengajar di kelas yg juga merupakan guru tuisyen seolah=olah lepas tangan, tak ada perkembangan positif pada kak Long dalam subjek tersebut. Apa lagi, ayah kak Long, melenting, terus HARAMkan kelas tuisyen utk Kak Long...
Pendekatan kami mendidik anak sangat tradisional....sama seperti proses yang kami dahulu lalui, tiada tuisyen, tiada ScoreA dll....hanya belajar seperti biasa dan membuat latihan model2 peperiksaan dan juga contoh-contoh soalan tahun2 lepas...
Alhamdulillah pendekatan kami berkesan kepada Kak Long......dan tentuya juga DOA ibu-bapa adalah yg paling MUSTAJAB....itu menjadi tunjang kepercayaan kami.....
Alhamdulillah berkat doa dan usaha, kak Long berjaya mendapat keputusan yg sangat membanggakan guru-guru dan keluarganya.

Monday, October 25, 2010
Saturday, October 16, 2010
hafalan kak long Una
Ibu perlu memikirkan program bermanfaat untuk Kak Long setelah selesai UPSR. Sebenarnya dah lama aku ingin melihat anak-anak boleh menghafal surah2 lazim dalam juz amma termasuk maknanya/terjemahannya sekali seperti yang aku lalui semasa seusia mereka.
Aku membeli senaskah al-quraan yg dilengkapi dengan terjemahan per-kata (Syammil Al-Qur'an) sebagai panduan untuk mengajar anak2. Kalau dulu bonda akan meminta kami menulis sendiri setiap kata-kata dalam ayat2 lazim. Tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang, pendidikan semakin mudah, aku hanya mengimbas setiap ayat dan print untuk diberikan kepada Kak Long. Yang bagusnya, saya boleh print 3 salinan, satu untuk Kak Long, dan setiap satu untuk Nadia dan juga Sofea.
Moga anak2ku dapat memahami maksud setiap ayat yang mereka pelajar. Memang kebolehanku dalam bidang agama amat terhad...tetapi kalau aku tidak buat seperti ini, anak2 ku akan jauh ketinggalan.
Selamat Berjaya IBU

Friday, October 08, 2010
cuti belajar 2011
7 Okt 2010...jam 6 petang; menerima berita gembira apabila bahagian biasiswa KPT memaklumkan bahawa tawaran biasiswa pos-doktoral ke UCSD akan bermula pada 3 Januari 2011. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan mengizinkan kami sekeluarga untuk berada di UCSD menuntut ilmu dan mendapat pengalaman baru.
Selepas ni akan sibuk dengan urusan permohonan VISA.

open house raya2010
Minggu I selepas raya: tahun ni kami tidak berkesematan membuat open house raya di Taman Malawa Jaya seperti tahun-tahun yg lepas. Kita hanya merancang, namun tuhan yg menentukan. Sebaik kembali dari cuti aidilfitri dari kampung, saya bergegas ke Phuket, Thailand utk menghadiri persidangan "Global Conference on Aquaculture 2010".Persidangan antarabangsa yang sangat bermanfaat. Tiba dari Phuket tepat jam 12:30 tengah malam hari Ahad dan selamat tiba di rumah sekitar jam 1:20 pagi.Perkara pertama yang saya lakukan ialah mengeluarkan semua bahan2 frozen dari peti ais untuk membuat "batch #1 coto makassar". Batch ini adalah sempena open house x-sbpl...ala2 potluck lah....utk 30-40 pax.
Minggu II : kuliah dan meeting seperti biasa...tetapi hari Jumaat adalah paling sibuk kerana kena sediakan "batch #2 coto makasar" untuk 110 pax..kali ni untuk open house UMS. Coto makasar adalah antara menu gerai KESUMBA (Kelab Suri RUmah dan Kakitangan Wanita UMS)...adoi, dalam kalut2 menyiapkan masakan dan kena kejar flight ke Semporna, saya tertinggal handphone...bayangkan selama 3 hari di Semporna saya tidak ada hp....huuuuh parah, lebih parah time suami datang jemput di airport KK pada hari Isnin....%$#@&*()(+)...
Minggu III : kuliah dan meeting seperti biasa....tapi paling sibuk kerana perlu menyelaraskan "prgram pertandingan memasak sempena KONVO UMS ke 12"....waaa...disebabkan kurang penyertaaan, saya sendiri mendaftar utnuk bertanding....alhamdulillah menu "rojak udang galah 1Malaysaia" yang saya dan Dr. Rossita sediakan mendapat tempat ke-3 dari 6 penyeraaan...not bad!. Selain itu, saya juga mempertaruhkan gubahan buah anggur dari wajik@pulut manis..hihi kami (partner ngan Pn. Sarah) dapat #1 daripada 3 penyertaan....lega sebab selesai urusan KESUMBA. Belum pun hilang letih, hubby pula request untuk masak "batch #3 coto makasar"...kali ni utk potluck seklah suami...tapi tak banyak, hanya untuk 20-30 pax...huuuuuuu.....
Kesimpulannya...walaupun tak buat open house yang selalunya sangat memenatkan...tetapi tahun ni kepenatannya 3 kali ganda kerana setiap minggu kena masaaaaaaak....

Wednesday, September 29, 2010
Saturday, September 18, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Friday, July 23, 2010
Kursus BTN @ Ulu Sepri, Negeri Sembilan
Kursus BTN persediaan ke luar negara pada 15-19 Julai 2010, bertempat di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada calon-calon Master, PhD, sub-kepakaran & pos-doktoral yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Seronok jumpa ramai adik2 pakar perubatan.....boleh lah durang nasihat2 kan kalau kita jatuh sakit....
Wednesday, March 03, 2010
Thursday, January 28, 2010
Tuesday, January 05, 2010
Sunday, January 03, 2010
Saturday, January 02, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)