Saturday, May 28, 2011

Iqra'

Iqra'
by Sitti Raehanah on Saturday, May 28, 2011 at 2:24am
Pertama kali bersama anak2 at Ivey Ranch Elementary School for the "Flag Salute"...

Upacara ni lebih kurang macam perhimpunan sekolah lah. Yang menariknya, program mereka diadakan tanpa banyak protokol dan sangat informal. Ibu-bapa dijemput hadir untuk memeriahkan suasana di samping untuk melihat dan berbangga dengan anak2 yang berjaya menerima award dan pujian dari sekolah....

Award yang paling besar dan dihighlight kan semasa Flag Salute minggu ni ialah untuk "aktiviti reading counts". Semua pelajar yang berjaya membuat bacaan melebihi 350K words bermula dari Januari tadi akan menerima hadiah. Dan pelajar yang membaca 1M words pula mendapat double awards. Sayangnya anak2 tidak tersenarai dalam list, sebab tak cukup counts lagi.

Hadiah yang disampaikan tidaklah seberapa...hanya sehelati T-Shirt berprint "I love reading etc...." sudah memadai untuk menarik minat pelajar berlumba-lumba membaca sebanyak mungkin...

Satu lagi yang menariknya di sekolah anak2 ni ialah cara mereka bersorak .... bukan "peweet" atau hoooray...tetapi ... "awoooooooooooooo" ( coyote howling ; lolongan serigala)... lucukan... Coyote adalah "haiwan simbolik" bagi sekolah anak2 .....ahhh letih betul aku "melolong" pagi ni...

Penerapan budaya membaca di kalangan anak2 seawal Kindergarten sangat menarik perhatianku. Rupanya, inilah "hasil" penerapan budaya membaca ...di mana-mana saja, kita dapat lihat masyarakat America dari kecil hingga dewasa bahkan yg sangat tua juga sangat suka membaca.

Sebagai seorang Muslim, kita semua tahu bahawa "Ayat Pertama" yang diturunkan Allah kepada Muhammad SAW ialah ayat 1-5 dalam Surah Al-Alaq, iaitu ketika rasulullah berada di dalam gua Hira'.

Ayat pertama itu ialah "Iqra, bismi rabbikal lazi halq" ... bermaksud "Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan".......

Suruhan pertama ke atas Rasulullah ialah "membaca" ... bukannya solat atau puasa.... hmm... menarik bukan..

Kalaulah semua kita tahu rahsia disebalik turunnya "Ayat Pertama" ini, dan mengamalkannya .... "masyaAllah kitalah yang paling berjaya dunia dan akhirat" ....

Membaca akan menguatkan Keyakinan dan Keimanan kita terhadap Allah SWT dan juga membaca akan menjadikan kita mengenali diri serta kehidupan dunia untuk meneruskan perjalanan sebagai khalifah di muka bumi...sebenarnya banyak lagi manfaat daripada membaca, yang saya tak dapat nak senaraikan dalam nota ringkas ini...

Program2 seperti yang dijalankan di sekolah anak2 sangat releven dengan suruhan Allah iaitu "iqra!" ....

Sebaiknya juga di Malaysia (terutama para guru2 sekolah)..mempertingkatkan aktiviti membaca di kalangan pelajar. Rancanglah aktiviti2 yang menarik minat anak2 ... dengan memberikan hadiah dan pujian akan membantu menarik minat anak2 untuk membaca...

Selamat Membaca ...

Quran dan Injil

Quran dan Bible
by Sitti Raehanah on Friday, May 13, 2011 at 1:37am
Hari ni dalam bas, duduk di sebelahku seorang wanita mexico yang aku fikir berumur pertengahan 20an. Di saat aku mula untuk membaca surah yasiin, dia juga kulihat sedang membuka biblenya. aku menyapanya "are you reading bible?" ..walaupun aku sebenarnya tahu buku itu adalah bible..... wanita itu menjawab "ya" ringkas saja. Aku senyum padanya dan berkata "good!.. I am reading Quran".. dan wanita itu hanya tersenyum dan juga berkata "good"... entahlah sama ada dia betul2 tahu apa jenis bahan bacaan yang aku sedang baca.

Selepas 20 minit, aku selesai membaca yasiin, tapi wanita di sebelahku masih lagi membelek2 bible... aku tidak mahu mengganggu konsentrasinya, lalu aku capai sebuah journal dan membacanya...sebab hari ni aku kena buat analysis protein. Akhirnya dia tiba ke destinasinya dan turun, tetapi kami sempat mengucapkan "good bye, take care" ... itu saja..

Jadi hari ni bas kami ..kira berkat lah... insyaAllah...

Aku perhatikan, memang budaya membaca sangat diamalkan di sini, jarang yg aku tengok duduk diam sahaja dalam bas....terutama mat saleh...tapi mexico dan asian kebanyakannya tidak membaca, mungkin sebab yang aku jumpa adalah dikalangan orang2 yang kurang kesedaran sikit tentang budaya membaca...

Oh ya, ada satu masa sewaktu pulang dari makmal, di dalam bas aku duduk bersebelahan dengan lelaki yang kelihatan dari golongan berpendidikan tinggi, umurnya dalam lingkungan 55 tahun ke atas...sewaktu aku duduk di sebelahnya, dia sedang khyusuk membaca...

aku juga tidak mahu hanya duduk tanpa berbuat sesuatu..dan biasanya waktu pulang, aku sduah agak letih, jadi hanya surah yasiin yang kucapai. Kalau perjalanan ke UCSD aku biasanya membaca Quraan sebab masih fresh lagi dan tak nak melayan ngantuk pagi2. Dan juga aku memang berazam utk khatam sekurang2nya sekali di bumi asing ini.

Selesai aku membaca yasiin, lelaki sebelah ku menegurku... dia sangat curious tentang buku yang kupegang.. "may I know what are you reading?"..tanyannya... aku pun jelaskan bahawa aku membaca surah yasiin, iaitu salah satu "chapter" dalam al-quraan.

"do you read it this way..or that way"...jarinya menunjukkan arah kiri ke kanan, dan kanan ke kiri.... oh rupanya dia tadi memerhatikan aku menyelak yasiin tu kiri ke kanan..... jadi aku jelaskan bahawa ini adalah tulisan Arab, dan dibaca dari kanan ke kiri...

kemudian lagi, dia tanya lagi adakah aku boleh berbahsa arab...malu aku jadinya sebab aku "tak pandai" berbahasa arab.... kemudian aku jelaskan lagi bahawa, aku tidak pandai berbahasa arab, namun faham beberapa perkataan yang lazim. Orang tu masih lagi berminat nak tahu, bagaimana aku boleh membaca tulisan Arab, tetapi tak pandai berbahasa arab.
Aku jelaskan kepadanya bahawa dalam solat orang Islam, kita menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan begitu juga Al-Quraan di tulis dan dibaca dalam bahasa Arab... lelaki itu mengangguk tanda bahawa dia memahami apa yang aku katakan.

Dia bertanya lagi, "how do you learn to read Arabic"... kujelaskan kepadanya bahawa, sebagai seorang muslim, kami mempelajari bacaan al-quraan basic seawal usia 5-6 tahun sehinggalah kami betul-betul boleh membaca dengan baik. Ku jelaskan juga kepadanya bahawa, walaupun kami tidak pandai berbahasa Arab, tetapi kami memahami kandungan al-quraan dengan membaca "tafsiran dan terjemahan"....dan kebetulan dalam surah yasiin yang ada padaku disertakan dengan terjemahan maksud...jadi kujelaskan lagi padanya bahawa terjemahan surah ini adalah dalam bahasa kami, itu adalah "bahasa Melayu" .

Lelaki tadi berulang-ulang kali berkata "interesting".. mungkin tidak terlintas difikirannya, bagaimana seorang yg tidak bertutur dalam bahasa Arab, tetapi membaca tulisan Arab dengan baik...

Lelaki tu tiba ke destinasinya, dan mengucapkan selamat tinggal pada ku...good bye..

Moral of the story:
(1) Belajarlah untuk menjadikan "membaca" sebagai satu budaya.
(2) berbanding di KK, masaku habis dengan urusan harian hingga sedikit saja yg diluangkan utk membaca Al-Quraan...syukur kerana di sini Allah memberikan aku banyak waktu terluang di dalam bas untuk aku membaca kitab suci Al-Quraan.

Aunt Aurora and A Navy

Makcik Aurora and a young handsome Navy
by Sitti Raehanah on Wednesday, May 11, 2011 at 1:23am
We had a visitor today from the US Navy, a young and handsome officer, but I forgot his rank (pangkat). As usual, we introduced ourselves and shake-hand (“seken- seken” bah dulu orang Sabah bilang)…

But, when it comes to my turn, the officer smiles at me and say “assalamualaikum” with his right hand on his chest and bow a little to say his respect (I think)….macam penyambut2 tetamu hotel2 di Malaysia selalu buat tuuu…wow! I was really impressed..this young man really knows that I am a muslim, and he knows also that muslim women don’t shake hand with men.

While walking to the lab, my colleague Patricia whispering at me “does he said something to you, what was that?”…. Sebenarnya Patricia ni orang Brazil, and she was hired by Greg to work on the seaweed project.
Alamak…letihlah pulak aku nak kena explain…”assalamualaikum” is the word that muslims used for greeting instead of Hai! . I explained to her also that women do not shake hand with men.

Kita semua memang tahu, wantia tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim…tapi dalam situasi tertentu, aku “terpaksa” juga lah bersalaman dengan bukan muhrim ku…. Situasi terpaksa tu ialah apabila orang telah lebih dahulu menghulurkan tangan, dan saya rasa untuk tidak mengecewakan dia, saya sambutlah salaman nya dengan seadanya…
Tetapi, saya tidak akan mendahului menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kerana saya yakin, dalam ramai2 tu, ada juga yang “tahu” bahawa wanita berhijab tidak bersalaman dengan lelaki.

OK, let go to makcik Aurora. Actually, we met on the bus few times and we had chit-chat especially about Malaysia and Filipina. She was a Filipino but has been in the USA for about 30 yrs and that not surprised me that her knowledge is very limited about Malaysia and Kota Kinabalu (walaupun rasanya mungkin ramai waris2 makcik ni di KK).

Aurora…cantik namanya kan dan juga manis orangnya…but she had the typical look of Filipino and her accent juga sebijik mcm yang di KK..

Last week we met again on the bus, and she asked me about celebrating “mother’s day” … I told her that we actually don’t celebrate Mother’s Day…..makcik Aurora terkejut.. “ ha, you don’t celebrate Mother’s Day, so what celebration do you have?”….aku jawab “ we celebrate Eid”….makcik Aurora lagi terpinga-pinga dan bertanya lagi” Do you celebrate thanks giving or Christmas ? …

Alamak…. Kesiannya makcik ni, she really has no idea about Islam …but I don’t blamed on her, she has been in America for about 3 decades and at her surrounding agaknya tak pernah jumpa orang islam …but mungkin if she is in the Philippines, at least she knows about muslims in Mindanao. Tapi kan, our neighbor was a Filipino too, but she knows about Sabah and Islam. And she also knows about our special diets, sebab tu dia kata tak berani nak offer makanan homecook yang dia buat.

Makcik Aurora adalah antara jutaan warga tua Amerika yang tidak tahu tentang Islam. On the other hand, that young Navy was among the young generation that knows about Islam. But how much that he knows? ….. Is it because he was in the military and was at the battle with the muslims in Iraq or may be after the Sept-11 ….. jika itulah saja sumber maklumatnya , sampai bila pun masyarakat Amerika akan tetap bersifat prajudis terhadap islam.

……bersambung jika ada waktu dan kelapangan …

Ideologi Atheistme

ideology atheist yang menggusarkan
by Sitti Raehanah on Tuesday, May 10, 2011 at 2:39pm
satu hari sedang aku menunggu bas selepas berbelanja barangan dapur, aku didatangi oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas lalu menegurku dengan bahasa yang sangat asing bagiku..

...."sorry sir, I dont speak spanish"...lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan sebuah risalah kecil berjudul "Awake" kepadaku...

tanpa lengah aku berkata padanya,..."no thank you, I am a Muslim, I dont read bible"....

hehe...sebenarnya,,,, sebelum lelaki itu, aku lebih dahulu telah disapa oleh 2 orang wanita tua, juga orang Mexico yang menghulukan risalah yang sama. Tetapi, sebelum menerima risalah tu, aku sempat bertanya kepada wanita tua itu, " what is it about?".. "it is about bible" jawab wanita itu ringkas..jadi dengan penuh hormat aku berkata " no, thank you very much"...
akhirnya mereka hanya membalas "thank you" dan berlalu meninggalkan ku...

berbalik kepad lelaki berpakaian kemas tadi, dia pantas membalas jawaban ku " no, this is not only about bible, but also about health and history"....."Oh".. jawabku ringkas...

memandangkan lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh mahu aku menerima risalah itu, dan aku pula malas mau banyak cakap,,, aku lantas menyambut saja risalah pemberiannya dan mengucapkan terima kasih.. Lelaki itu, tersenyum dan meneruskan perjalanan dalam melaksanakan tugasnya..

Sambil menunggu bas, aku membelek2 risalah itu sambil membaca sepintas lalu....

apa yang boleh ku ringkaskan daripada kandungan risalah itu ialah, "tentang kegusaran" penganut kristian terhadap pengaruh idologi atheisme yang semakin meluas di bumi amerika. mereka diajak untuk kembali menghayati kitab mereka.

hehe...sebenarnya itu adalah intro kepada kisah aku dan kawan lab aku...Ingat lagi tak kepada ahli group research aku yang berasal dari Israel tu? yang bertanya tentang bagaimana dapat nama Malaysia...bukannya Malaya..

Dia ni seorang atheist, walaupun kedua ibu-bapanya adalah yahudi. Sudah agak berumur, kalau tak silap dah 60 tahun lebih, dan telah menghasilkan banyak penerbitan berimpak tinggi, seorang yang dikenali di peringkat antarabangsa dalam bidangnya..

Pada pandangan dia sebagai seorang atheist, "agama" adalah suatu yang "menyusahkan" kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Dia memberikan contoh bagaimana "agama" telah mendorong kepada peperangan ..dia merujuk kepada perang palestin dan israel dan lain-lain.

satu lagi pandangannya yang mengejutkan aku...Pada pandangannya tuhan adalah ciptaan manusia semata-mata, iaitu yang lahir daripada imaginasi manusia sahaja. Sebab tu katanya, ada yg membentuk patung2 mengikut imaginasi manusia...Hmmmmm....

Katanya lagi, jika tuhan itu wujud, tuhan telah bersifa tidak adil, kerana menjadikan manusia berbeza-beza agama dan banyak lagi lah hujah-hujahnya yang memang menyakitkan hati...

aku hanya diam dan dengar saja....malas mau bertekak dengan dia..tapi kadang tu, ada juga aku nafikan kenyataan2 nya yang tidak tepat tentang islam.

satu hari kami keluar ke jetty untuk mengambil air laut dan cuaca sangat indah pada hari tu...aku mengambil kesempatan itu bertanya kepadanya...."who do you think has created this world" ..

jawapannya ringkas saja " i don't know" ... aku terkejut dengan jawapan itu yang keluar dari seorang sarjana yang hebat dikenali seluruh dunia...

kemudian dia tambah lagi.. " it is like people who don't know, how the TV works, do you know how the tv works?".... aku jawab " sure, I know, i read from the book"

"well, not all people know how the tv works" jawabnya lagi...."so, I don't know who created this world" ...

...macam tu saja jawapannya.... adoi letih aku mahu memahami maksud nya kata-katanya tuu.

..aku masih lagi cuba memahami apakah perkaitan antara (i) tak tahu siapa pencipta dunia dengan (ii) tak tahu bagaimana tv berfungsi ..

hmmmmmm...ada sesiapa yang dapat bagi penjelasan ....

renung-renungkan dan selamat beramal....(meminjam kata2 pakar motivasi)

Belajar Sejarah Malaysia

belajar sejarah
by Sitti Raehanah on Monday, May 9, 2011 at 4:08pm
saya rasa tercabar apabila kurang pengetahuan dalam ilmu sejarah...

minggu lepas salah seorang ahli kumpulan penyelidikan kami Dr. Amir Neori dari Israel yang menjalani cuti sabatikal bertanya...bagaimana Islam boleh berada di Malaysia?

... sebenarnya kami selalu bersembang dan bertukar2 maklumat tentang budaya bangsa dan pegangan agama...seronok berbincang dengan dia ni...(lain kali saya post tentang pandangan nya dalam beragama )

Dengan ilmu yang sangat terhad, aku hanya menjawab bahawa, Islam dibawa oleh pedagang-pedangan Arab ke Tanah Melayu dan berjaya meyakinkan dan mengislamkan sultan yang berkuasa pada ketika itu. hehe...saya tak ingat pula nama sultan pertama yg memeluk islam..

...aku dengan sengaja menegaskan bahawa islam tidak disebarkan di Malaya melalui pedang dan penjajahan, tetapi dengan ilmu...

kenapa aku tegaskan kerana...pandangannya sangat serong terhadap bangsa Arab yang suka berperang dengan pedang...aku faham situasi tegang antara orang Arab dan Israel...tapi aku tidak lah terlalu provokatif..

Aku sambung lagi...masyarakat melayu pada ketika itu sangat taat dengan sultan, oleh kerana itu, mereka patuh dengan titah sultan dan dengar rela hati mereka telah menerima islam.

Aku menjelaskan lagibahwa, walaupun Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan British berkurun-kurun, namun ketegasan sultan harus dipuji kerana agama islam kekal bertapak di Tanah Melayu. Ini kerana, walaupun penjajah berkuasa di Tanah Melayu, namun hal-hal berkaitan agama islam adalah dalam kuasa sultan.

Oleh kerana itu, agama islam terpelihara sehingga hari ini dan selamanya, kerana adanya sultan (Majlis Raja-Raja) dan juga perlembagaan.

Kawan tu juga pernah bagi tahu bahawa mereka di Israel lebih banyak tahu tentang "Malaya" berbanding Malaysia... dia tanya kenapa pilih Malaysia...kenapa tidak "Malaya" saja..

Aku tak tahu nak jawab apa....

Tapi jawaban sepontan aku ialah...sebab jiran kami Indonesia....agaknya sebab tu nama negara jadi Malaysia....

hihihi...

Moral of the story:
pastikan anda betul-betul tahu sejarah negara sendiri supaya maklumat tepat dapat dikongsi

Berani atau Tak Apa Lah!!!

Sifat "berani" atau "tak apa lah"
by Sitti Raehanah on Monday, May 9, 2011 at 2:08am
Hari ni, dalam bas semua tempat duduk penuh, jadi ramilah yang terpaksa berdiri termasuk aku
... tiba2 mataku ternampak satu seat kosong sebelah seorang wanita mexico...apa lagi tanpa berlengah aku terus meluru ke arah wanita tersebut

"do you mind if i seat there"... tapi dukacita wanita itu menjawab " no, i reserved it for somebody"...
dengan wajah kecewa aku hanya angguk dan berdiri di sebelahnya...tapi dlm hati tuhan ja tahu " tak aci, adakah boleh main cop tempat duduk"...

kemudian tak sampai 2 minit, locong berbunyi menandakan ada orang yang akan mengosongkan tempat duduk...tetapi disebabkan seat tu, jauh di belakang, aku pun buat2 tak peduli... kemudian bahuku dicuit orang, menawarkan seat kosong tu utk aku.

mulanya aku tak mau, sbb aku akan duduk dikelilingi pakcik2 mexico...tapi disebabkan mereka "ikhlas" menawarkan tempat tu, akhirnya aku ucapkan terima kasih dan duduklah di celah2 mereka...
sebenarnya ada lah juga 3 orang lagi wanita mexico yang duduk di barisan tu.

Aku hanya duduk diam dan memerhatikan gelagat2 warga mexico yang berbicara menggunakan bahasa Spanyol dan juga bahasa suku kaum mereka...
yang menariknya, kadang2 telo dan bahsa mereka, kedengaran seolah2 seperti bahasa yang digunakan oleh makcik-maikcik Bugis di Tawau....dan juga wajah mereka sangat mirip orang Melayu dan juga Bugis...

kemudian, di satu persinggahan, seorang wanita Filipino naik, dan dia juga seperti aku ...terus meluru ke seat kosong di yang "dicop" wanita mexico tadi...tapi seperti aku, dia juga dikecewakan.

Rupa-rupanya, ia tidak berakhir seperti aku, yang hanya mendiamkan diri dan "buat tak kisah"...
wantia Filipina itu terus berjalan ke arah pemandu....dia "mengadu" tentang seat yang direserved utk orang lain...

Akhirnya dia "berjaya" mendapatkan seat tersebut setelah pemandu bas mengarahkan wanita mexico tadi memberikan seat tersebut...

wow, tiba-tiba pakcik-pakcik mexico yang duduk disebelahku semua "bertepuk dan bersorak gemurh", kerana akhirnya sifat "pentingkan diri" wanita sebangsa mereka itu, dileburkan oleh seorang wanita Filipina... wanita Filipina tadi hanya menunjukkan kedua-dua ibu jari kepada kumpulan pakcik-pakcik mexico, sebagai tanda "terima kasih atas sokongan mereka"..

kemudian, wanita mexico itu bersuara @)*(*$)@)@)***@ bahasa yang aku tak faham, dan diikuti dengan gelak sorak dari warga-warga mexico yang memahami bahasa itu....selesai...

Moral of the story
(i) jangan pentingkan diri sendiri, terutama jika anda menggunakan kemudahan awam yang sepatutnya dikongsi oleh semua.
(ii) berani menyatakan hak anda. Tapi anda mesti bijak menilai suasana...mungkin juga dengan berdiam diri, lebih baik daripada bertindak agresif.... dalam situasi aku.. aku tidak fikir utk. berebut seat tersebut, sebab sejak awal lagi aku sudah yakin, past ada penumpang yang akan menosongkan seat nanti, sebab aku sudah tahu trend penumpang2 dalam bas.

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
by Sitti Raehanah on Saturday, May 7, 2011 at 6:17am
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat." SELAMAT HARI IBU

Cantik dan Berbudi Bahasa - SIO, UCSD

tengahari tadi aku ke tandas dan terserempak dengan seorang gadis mat salleh yg cantik. saya fikir dia adalah seorang pelajar Master Sains kerana dia terlalu muda untuk menjadi pelajar PhD. Tapi mungkin juga aku silap. Kami sempat bersapaan, walaupun hanya "hai" yg sempat kami ungkapkan sebelum dia menginggalkan aku. Tidak sampai seminit, dia masuk semula dan dengan mesra menegurku " hay, do you know that we have water down there"..jari telunjuknya menunjukkan arah bawah. "yes, I know that, thank you very much" aku melemparkan senyuman ikhlas tanda terima kasih aku padanya kerana prihatin terhadap ku...sambil itu aku mencuri pandang pada raut wajahnya yg memang cantik. "Okay, yeah because eeeh" katanya sambil matanya memandang tajam ke arah botol air mineral kosong yang aku pegang.

Ooh...rupanya gadis itu, risau kalau aku akan mengisi botol kosong tadi dengan air paip utk diminum. Hehe...masa terlalu pantas dan aku fikir tidak sempat dan tidak perlu aku jelaskan kenapa aku membawa botol kosong ke dalam tandas. Aku hanyalah seorang perempuan Asia yang memakai tudung dan tidak lagi muda serta asing baginya, namun gadis itu masih sudi menyapaku dan prihatin terhadapku..

Rae
8 April, 2011

Thursday, May 05, 2011